Setiap Klik Anda Amat Dihargai


MuTiaRa KaTa

Jom

KENAPA SOLAT LIMA WAKTU

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

"Kita sembahyang lima waktu sehari semalam tahukah kita setiap perbuatan yang kita lakukan semasa sembahyang sebenarnya ada rahsia disebaliknya. Rahsia ini saya jumpa didalam kitab perukun (edisi jawi) :-

(1) Niat Sembahyang:- Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat

(2) Berdiri Betul:- Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita didalam kubur

(3) Takbiratul Ihram:- Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur

(4) Fatihah:- Sebagai pakaian yang indah-indah didalam kubur.

(5) Rukuk:- Sebagai tikar kita didalam kubur

(6) Iktidal:- Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur

(7) Sujud:- Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotulmustaqim

(8) Duduk Antara Dua Sujud:- Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

(9) Duduk Antara Dua Sujud ( akhir ):- Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar

(10) Tahiyat Akhir:- Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar dan nangkir didalam kubur.

(11) Selawat Nabi:- Sebagai pendinding api neraka didalam kubur

(12) Salam:- Memelihara kita didalam kubur

(13) Tertib:- Akan pertemuan kita dengan Allah Maka pelihara solat kita..............................


DAN SEMBAHYANGLAH SEBELUM KITA DISEMBAHYANGKAN.. "

Air Mata Taubat Nabi Adam a.s.

Posted by Asmijan Asmarah Labels:


Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu
daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat
kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud
di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air
matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah
tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah
meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka
burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah.
Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah
menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum
pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata
taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya:
>
Dalam sehari ada 24 jam.?
Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa
nafas keluar dan masuk.
Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu
keluar dan masuk ?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika
di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang
sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam
yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang
meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap
tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."

Kelebihan pahala umat Rasulullah

Posted by Asmijan Asmarah Labels:


Ka'bul Ahbar berkata bahawa: "Saya telah membaca kitab yang diturunkan oleh
Allah S.W.T. kpd Nabi Musa a.s., yg mana Allah S.W.T. berfirman yg
bermaksud: "Wahai Musa, dua rakaat yg disembahyangkan pd waktu subuh oleh
Muhammad dan umatnya, Aku mengampunkan bagi mereka (yg mengerjakan solat
Subuh) semua apa-apa yg terjadi pd mlm dan siang hari, dia tetap di bawah
lindunganKu."

Firman Allah s.w.t.: "Wahai Musa, solat Zohor empat rakaat yg dilakukan
oleh Muhammad dan umatnya, Aku akan beri kpd mereka pengampunan pd rakaat
yg pertama, Aku beratkan timbangan mereka pada rakaat kedua, rakaat ketiga
Aku kerahkan para malaikatKu bertasbih dan membacakan istighfar (memohon
ampun) bagi mereka dan pada rakaat keempat Aku bukakan untuk mereka
pintu-pintu langit sehingga para bidadari dpt mengintai mereka."

Firman Allah s.w.t.: "Wahai Musa, empat rakaat solat Asar yg dilakukan oleh
Muhammad dan umatnya, maka semua para malaikat di langit dan di bumi
meminta ampun oleh malaikat, tidaklah Aku siksa mereka itu."

Firman Allah s.w.t.: "Wahai Musa, solat Maghrib tiga rakaat yg dikerjakan
oleh Muhammad dan umatnya, iaitu ketika matahari terbenam, maka Aku bukakan
untuk mereka pintu-pintu langit, dan setiap sesuatu yg mereka minta pasti
akan Aku berikan."

Firman Allah s.w.t.: "Wahai Musa, solat Isya' empat rakaat yg dikerjakan
oleh Muhammad dan umatnya ketika terbenam mega-mega merah, solat itu adalah
lebih baik dari dunia dan seisinya dan juga mereka terlepas dari dosa-dosa.
Mereka itu bagaikan anak yg beru lahir dari perut ibu."

Firman Allah s.w.t: "Wahai Musa, jika Muhammad dan umatnya berwudhu'
sebagaimana Aku perintahkan, maka Aku berikan kpd mereka setiap titik air
wudhu' itu dgn syurga yg luasnya seluas langit dan bumi."

Firman Allah s.w.t: "Wahai Musa, puasa yg dikerjakan oleh Muhammad dan
umatnya dlm bulan Ramadhan selama sebulan dlm setiap tahun, maka akan Aku
berikan mereka setiap satu hari puasa itu satu kota di syurga dan setiap
kebaikan yg dilakukan oleh mereka , yg sunat akan diberi pahala sebesar
pahal fardu. Aku berikan kpd mereka satu mlm yg bernama Lailatul Qadar,
barang siapa yg membaca istighfar pd mlm itu hanya sekali tetapi dgn
bersungguh-sungguh dan menyesal di dlm hatinya terhadap
kesalahan-kesalahannya, apabila dia mati pd mlm itu atau pd bulan itu, maka
Aku berikan pahala kepadanya pahala 30 org mati syahid."

Firman Allah s.w.t: " Wahai Musa, di antara umat Muhammad s.a.w. ada
org-org yg berdiri di atas tempat-tempat tinggi utk mengumandangkan
syahadat La illaha illallah, maka pahala mrk bagaikan pahala para nabi-nabi
a.s. dan rahmatKu wajib ke atas mereka. Sedangkan murkaKu jauh dr mereka
dan tidak akan Aku tutup bagi mereka pintu taubat selama mereka tetap
bersyahadat Ashhadu an Laa illaha illallah."

Asal Jin

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kuliah Maghrib oleh YB Dato Ust. Hj Ismail Kamus.
Di Masjid Al-Hidayah, SS3, Kelana Jaya.
29hb Feb 2000, Selasa.
Tajuk : " Mengenali Alam Jin" - Siri 1

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari
api (biru),
dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tuduk menghormati Nabi
Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun
ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan
Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya
jahat (tidak Islam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang
mengunakan kemeyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.
Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap
kemeyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,
adik-beradik jin lah tuu (sambil berseloroh).
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan
(contohnya jalanraya), perlu baca
" Sala Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin
sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat
membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila
pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu
cicit jin !!!!
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau
bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...."
Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina
istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak
perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan
tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga
anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh
serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa
Nabi Sulaiman telah mangkat.
8) Manusia juga dilarang membaung air di lombong-lombong yang airnya
tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ,
waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap
belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah
baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis.
Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai....
orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika
tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau
pernah jumpa orang yang di rasuk, membaca sama ayat kursi....
Beliau juga menyarankan supaya kita melazimkan/selalu membaca ayat
tersebut setelah selesai sembahyang.
11) Bentuk jin. Jin adalah makhluk yang paling hodoh/buruk, berbeza
dengan manusia, cantik/lawa. Jin juga boleh membentuk dengan
sebarang bentuk dengan jelmaan. Apabila di hutan berhati-hati
jika berburu, jin boleh menyerupai sebarang bentuk malah manusia.
12) Apabila ada ular masuk ke dalam rumah, Nabi pesan jangan bunuh
terus. Mungkin jin yang masuk, dan menyerupai ular. Itu sebab
Nabi pesan supaya mengarahkan ular itu keluar jika ia jin,
sebanyak 3 kali. Selepas tiga kali tak keluar juga baru boleh
bunuhnya. Sebab jin akan keluar, jika kita melarang nya masuk
kerana itu rumah kita.
13) Antara objektif utama jin adalah untuk mengganggu manusia. Manakala,
syaitan pula untuk merosakkan aqidah manusia.
14) Mereka beranak-pinak sehinggakan nisbah manusia dan jin adalah 1:9.
Manakala bilangan malaikat pula tidak terbilang banyaknya kerana ia
lebih dari bilangan pasir dan rumput.
15) Manusia mempunyai karibnya (jin) dan suka ikut manusia kemana juga
kita pergi.
16) Ilmu-ilmu jin adalah dilarang kita tuntut dan beramalnya.
Ia dilarang oleh Islam. Banyak keburukkannya, sehingga saat mati
pun susah.
17) Jika tidur di Masjid, jangan tidur di pintu masjid dan tempat imam.
Sebab jin selalu datang untuk sembahyang. Dan suka ikut pintu masuk
masjid (tahu ikut peraturan).

15 SENJATA MENGHALANG SYAITAN

Posted by Asmijan Asmarah Labels:



15 SENJATA MENGHALANG SYAITAN


- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan bezikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- Menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi