Setiap Klik Anda Amat Dihargai


MuTiaRa KaTa

Jom

Hadith 20

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Besar Dan Yang Lebih Besar Ganjarannya
Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar yang engkau gunakan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang engkau sedekahkan kepada fakir miskin, satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu, yang paling besar pahala ganjarannya ialah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu”
(Muslim)
Huraian
1. Bersusah payah memberi kesenangan kepada isteri dan berkorban mencari nafkah untuk anak-anak akan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah S.W.T. Bahkan dikira suatu dosa besar sekiranya seorang suami atau ketua keluarga itu enggan memberi nafkah dan bakhil terhadap isteri dan anak-anaknya sedangkan ia mampu berbuat demikian.
2. Nafkah adalah lebih daripadahanya peruntukan makanan bahkan yang dimaksudkan dengan nafkah adalah memberikan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, pendidikan dan perkara-perkara yang munasabah bagi kehidupan seseorang anggota keluarga.
3. Keluarga yang bahagia akan terbentuk sekiranya setiap ahli keluarga memainkan peranan masing-masing. Keberkatan juaakan melimpah sekiranya setiap tanggungjawab itu dilakukan dengan mengambilkira kedudukan halal dan haramnya. Tidak semata-mata ingin mengecap kesenangan dengan jalan yang mudah sehingga akhirnya membawa padah kepada keluarga dan merosakkan rumahtangga.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadith 19

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : AKIDAH Usuluddin
Tajuk :
Menjalankan Pemerintahan Mengenai Urusan Umat Islam
Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Sesiapa yang menjalankan pemerintahan mengenai urusan umat Islam tanpa menghiraukan kemiskinan,keperluan,kefakiran dan hajat mereka, nescaya Allah akan membiarkannya pada hari kiamat tanpa menghiraukan kemiskinannya, keperluannya, hajatnya dan kefakirannya.”
Riwayat Abu Daud
Huraian
i) Berdisiplin ketika bekerja merupakan kekuatan yang menggerak kepada kejayaan dan kemenangan.
Ii) Dalam melakukan urusan dengan orang ramai (masyarakat) perlulah dilakukan dengan adil dan menyesuaikan keutamaan tanpa ada perasaan pilih kasih dan sebagainya. Jika tidak akanberlakulah kezaliman dan penganiayaan terhadap orang lain.
iii) Oleh itu untuk mendapatkan ganjaran ibadah dalam setiap kerja yang dilakukan patuhilah peraturan dan arahan dengan baik serta melaksanakan sesuatu tugas dengan tertib dan beradab dengan menjaga tentang aspek pengurusan waktu yang telah ditetapkan. Dengan itu kita akan mendapatkeredhaan Allah S.W.T dan mendapat ganjaran yang selayaknya di akhirat nanti.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadith 18

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Hanya Yang Suci
Hadith :
Dari Ibnu ‘Umar r.a., katanya:” Kudengar Rasulullah s.a.w. bersabda katanya:” Tidak diterima sembahyang tanpa bersuci, begitu pula derma yang didapat dari korupsi (pecah amanah).”
(Muslim)
Huraian
Islam menilai yang terbaik hanyalah yang suci sebagaimana solat hanya akan diterima apabila sesorang itu telah bersuci. Allah SWT tidak menilai sesuatu kebaikan itu hanya daripada luaran semata-mata tetapi dinilai dari dalaman juga yang datangnya daripada hati. Sesungguhnya apa jua kebajikan yang dilakukan walaupun dengan niat kerana Allah perlu diambil kira dari mana punca ia diperolehi sama ada halal atau pun haram. Samalah keadaannya dengan sepohon pokok yang tumbuh subur tetapi sebenarnya ia beracun yang jika dimakan akan membawa maut.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadith 17

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Sifat Malu Mendatangkan Kebaikan
Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan”.
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Huraian
1. Sifat malu adalah suatu sifat yang terpuji. Sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan kerana dengan adanya sifat malu kita tidak akan melakukansegala keburukan.
2. Sifat malu juga akan meninggikan darjat keimanan orang yang memilikinya.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadith 16

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Kemulian Diri Dengan Berakhlak Baik
Hadith :
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.
Riwayat Muslim
Huraian
1. Seseorang yang berakhlak mulia akan mendapat pahala dan boleh mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri dan kebajikan kepada orang lain.
2. Orang yang melakukan dosa tidak akan mendapat ketenangan jiwa didalam hidupnya.
3. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia kerana ia sebesar besar kebajikan dan janganlah melakukan dosa kerana dosa itu ialah azab seksa, yang dirasai baik didunia mahupun diakhirat.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadith 15

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : AKIDAH Usuluddin
Tajuk :
Petanda-petanda Hampirnya Kiamat
Hadith :
Rasulullah s.a.w telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat meningati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya: "Apa yang kamu ingat mengingatkan itu?" Kami menjawab:"Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya"; Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya saat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." LaluBaginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dari pihak barat), turunnya Nabi Isa anak Mariam, dan Ya'juj wa Ma'juj…"
Huzaifah bin Asid al-Ghifari r.a
Huraian
Rasulullah s.a.w telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat meningati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya: "Apa yang kamu ingat mengingatkanitu?" Kami menjawab:"Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya"; Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnyasaat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." Lalu Baginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihakmasuknya (dari pihak barat), turunnya Nabi Isa anak Mariam,dan Ya'juj wa Ma'juj…"
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadith 14

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Tetap Pendirian
Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurusdan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.”
Riwayat Ahmad
Huraian
1. Maksud istiqomah ialah tetapteguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T.
2. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya.
3. Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah keranalidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadith 13

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Menghormati bapa
Hadith :
DaripadaAbu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:“Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”
Riwayat Muslim
Huraian
1. Seorang ibu mahupun bapa tidak akan menjadi ibu dan bapa tanpa anak-anak dan begitulah sebaliknya. Oleh itu ibu bapa berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak mereka sama sebagaimana anak-anak mereka berhak mendapat kasihsayang daripada ibu bapa.
2. Islam melarang keras anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa yang kasar. Anak yang mengasari ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka yang diharamkan syurga ke atasnya oleh Allah S.W.T di akhirat kelak.
3. Oleh itu bagi mendapatkan anak-anak yang baik, ibu bapa hendaklah terlebih dahulu menunjukkan pergaulan yang baik dengan anak-anak. Apabilaanak-anak yang soleh ini dapat dibentuk, tiadalah permusuhan dan perbalahan dalam keluarga. Masing-masing akan saling sayang menyayangi antara satu dengan lain.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : IBADAH Solat
Tajuk :
Penghormatan Kepada Masjid
Hadith :
Dari Abi Qatadah as-Salmi r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda“Apabila seseorang daripada kamu masuk ke masjid, hendaklah ia mengerjakan sembahyang (tahyatul masjid) dua rakaat sebelum ia duduk.”
(Bukhari)
Huraian
1. Masjid dan surau adalah tempat yang suci dan mulia yang diberi penghormatan dengan menamakannya “Baitullah” (rumah Allah).
2. Baitullah yang paling besar dan agung adalah Baitullah al-Haram yang terletak di Makkah al-Mukarramah. Ia merupakan kiblat umat Islam diseluruh dunia.
3. Apabila kita memasuki mana-mana masjid hendaklah kita menunaikan hak masjid terlebih dahulu iaitu dengan mengerjakan sembahyang dua rakaat sebelum duduk.
4. Sembahyang tersebut dinamakan sembahyang “Tahyatul masjid”. ‘Tahyat’ di sini bererti penghormatan iaitu sembahyang yang dikerjakan secara khusus semasa tiba di masjid. Hukumnya adalah sunat.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadith 12

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Roh Harum Dan Ruh Busuk
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit.” Kata Hammad :”Kerana baunya harum seperti kasturi.” Kata penduduk langit “ Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam.” Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman:”Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat.” Kata Abu Hurairah selanjutnya:” Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian-, maka berkatapenduduk langit,”Roh jahat datang dari bumi.” Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat.”
(Muslim)
Huraian
Kematian sesungguhnya amat menyiksakan. Kematian orang-orang yang tidak beriman mempunyai banyak perbezaan dengan kematian orang-orang yang beriman. Tanda-tandanya bukan sahaja dapat dilihat oleh orang yang hidup bahkan ini diperakukan sendiri di dalam al-Quran melalui firman Allah S.W.T yang maksudnya:"Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar." (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (al-Anfal :50). Rasulullah s.a.w sekalipun dianggap sebagai kekasih Allah turut merasakan kesakitan sakratulmaut. Itupun baginda diperlakukan secara lembut oleh malaikat. Maka bayangkanlah bagaimana kesakitannya jika kita selaku insan biasa dapat berhadapan dengan situasi ini. Oleh itu seharusnya kita sentiasa berwaspada agar tidak tergolong di kalangan orang-orang yang tidak beriman, lalai dan lupa kepada Allah kerana sudah pasti roh kita nanti bakal ditempatkan di dalam penjara sehingga hari kiamat.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadith 11

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Sifat Manusia
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dansekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.”
Riwayat Ahmad
Huraian
i) Manusia secara semulajadinya bersifat tamak dan dengki terhadap kelebihan orang lain.
ii) Kedua-dua sifat ini membawa kerugian kerana ia akan melahirkan individu yang tidak bersyukur sehingga hubungan dalam masyarakat menjadi rosak akibat daripada berlakunya pergaduhan dan persengketaan sesama sendiri.
iii) Selaku umat Islam kita dituntut untuk sentiasa bersyukur kepada Allah kerana dengan bersyukur hati kita akan tenang dan redha di samping mempercayai bahawa rezeki itu terletak di tangan Tuhan. Kita wajib berusaha sedangkan yang menentukannya adalah Allah S.W.T. Bahkan Allah telah berjanji bahawa rezeki orang yang bersyukur akan ditambah sebaliknya pula bagi orang kufur (tidak bersyukur).
iv) Lawan kepada sikap tamak itu adalah bersikap sederhana iaitu menolak keterlaluan di mana kita dituntut agar bersederhana dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan dan sebagainya tetapi mestilah menyeimbangkannya terutamadalam memenuhi tuntutan keduniaan dan tuntutan akhirat.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadith 10

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : IBADAH Akidah
Tajuk :
Kumpulan Kebaikan
Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda maksudnya: ”Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allahakan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya. Dan sesiapa mengikuti satu jalan untuk mencari ilmu Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga. Tidak berkumpul satu kaum di dalam rumah dari rumah-rumah Allah dan saling belajar dan mengajar antara satusama lain melainkan turunlah ketenangan atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengerumuni mereka dan Allah akan menyebut (nama-nama) mereka di sisi-Nya. Dan sesiapa yang kurang amalannya maka nasab (keturunannya) tidak akan dapat menyempurnakannya.”
(Muslim)
Huraian
Masyarakat Islam adalah seperti satu jasad yang setiap anggota akan merasai apa yang dirasai oleh orang lain malah mereka juga bersama-sama berkongsi kegembiraan. Maka antara yang menjadi kewajipan penting seorang Muslim ialah agar segera melepaskan kesempitan yang dialami oleh saudaranya. Dengan cara ini masyarakat yang sempurna dan tolong-menolong dapat diwujudkan. Sebaliknya mencari-cari keburukan orang lain dan menyebarkannya pula adalah satu tanda kemunafikan keranadisebabkan perkara tersebut sesuatu kejahatan yang dilakukan itu boleh menjadi pemangkin kepada orang yang sepertinya agar lebih agresif dan liar dengan kejahatan hingga seluruh masyarakat menjadi rosak. Sesungguhnya balasan Allah SWT kepada makhluk-Nya adalah dalam bentuk yang menyerupai amalan yang dilakukan itu.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadith 9

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : AKIDAH TauhidIman
Tajuk :
Penghuni Syurga Ialah Sebaik-baik Muslim
Hadith :
Dari Abdullah, katanya:” BersabdaRasulullah s.a.w. kepada kami:” Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau:” Tidakkah kamu gembira bahawa sepertigapenghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata:” Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua) dari penghunisyurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.”
(Muslim)
Huraian
Umat Islam seharusnya bersyukur kerana dikurniakan hidayah dalam mememuk agama yang benar dan diredhaiAllah SWT. Namun fenomena hari ini memperlihatkan kepadakita bahawa tidak semua yang menganut Islam itu benar-benar menghayati ajaran agamanya bahkan ada juga yang memilih agama lain (murtad). Betapa mudahnya iman mereka tergoyah dek kerana godaan dan hasutan duniawi. Oleh itu benarlah seperti sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam itu ramai namun nilaian mereka hanyalah seperti buih-buih di lautan yang tidak mendatangkan apa-apa kesan. Mereka mudah dipermain-mainkan oleh pihak musuh bahkan mereka sendiri bertelagah di antara satu samalain. Justeru meskipun peluang untuk kita menghuni syurga Allah amat besar namun peluang tersebut tidak direbut oleh semua orang. Ramai yang berebut mengejar nikmat duniayang sedikit ini berbanding dengan nikmat akhirat yang jauh lebih besar. Kesesatan manusia hari ini tidak mustahil membuatkan iman mereka semakin kurang yang akhirnya cara hidup mereka seolah-olah tiada bezanya lagi dengan orang yang kafir.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadith 8

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Kebersihan Dan Kesucian Dalam Islam
Hadith :
Dari Aisyah r.ahn, katanya: Rasul s.a.w bersabda: “ sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu: menggunting misai, membiarkanjanggut(tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi(membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak”. KataMas`ab (salah seorang rawi hadisini): “dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkaraitu) tidak lain dari berkumur-kumur..”
Riwayat Muslim
Huraian
1. Perkara-perkara tersebut adayang wajib hukumnya dan ada yang sunat
2. Perkara yang wajib ialah beristinjak, dan yang lain ialah sunat
3. Apa yang penting, menjaga kebersihan adalah dituntut olehsyarak kerana ia sebahagian daripada iman.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadith 7

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : IBADAH Menuntut Ilmu
Tajuk :
Melagukan Bacaan Al-quran
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a bahawa dia mengatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:” Tiadalah keizinan Allah untuk mengerjakan sesuatu yang dapatmenyamai izin-Nya kepada nabi s.a.w untuk melagukan bacaan al-Quran.”
(Muslim)
Huraian
Adat manusia menyukai akan seni lagu walaupun mempunyaiselera dan rentak yang berbeza. Lagu dan irama biasanya dapat memberi keselesaan kepada perasaan manusia yang mendengar. Membaca Al-Quran dengan tartil atau memperelokkan bacaannya dengan lagu atau tajwid adalah sangat-sangat dituntut dalam cara membaca al-Quran, kerana tujuan utama membacanya ialah memikirkan maksud-maksudnya. Cara membacanya dengan tartil akan dapat menolong memahami maksud-maksudnya. Sebab itu Ummu Salamah r.a. ketika membaca al-Quran sering mencontohi bacaan Rasulullah s.a.w dan membacanya seolah-olah ia sedang mentafsirkan huruf demi huruf dari al-Quran itu. Oleh itu orang yang sentiasa membaca al-Quran dengan baikdan sempurna akan mempunyai hati dan jiwa yang lembut kerana ia memahami tentang ayat-ayat yang berunsur ancaman dan kecaman serta janji-janji Allah yang terkandung dalam ayat yang dibacanya itu.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadith 6

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Positif Dan Negatif Malu
Hadith :
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a:” Suatu ketika RasulullahSAW terserempak dengan seorang Ansar (lelaki) yang sedang menegur saudara lelakinya kerana ia sangat pemalu. Ketika itu juga rasulullah SAW bersabda:” Biarlah dia kerana malu adalah sebahagian daripada iman.”
(al-Bukhari)
Huraian
Dari sudut syarak malu adalah menahan diri dari melakukan sesuatu yang mengakibatkan sesuatu yang negatif bukan malu tersipu-sipu yang tidak kena pada tempatnya. Sifat malu tersipu-sipu dan merendah diri ini adalah al-jahalu. Contoh malu tersipu-sipu hingga takut menjawab soalan guru di kelas adalah contoh al-jahalu. Sikap ini disebabkan kurangnya keyakinan diri dan lemah peribadi. Tetapi al-haya’ (malu) adalah disebabkan sifat percaya diri dan kuat keperibadian lantaran kuatnya iman dalam menolak segala sesuatu yang negatif. Maka sifat maka itu sendiri adalah sebahagian daripada iman dan terpuji. Sifat malu menjadikan seseorang jauh daripada perbuatan hina dan maksiat sebaliknya meletakkan dirinya dalam keadaan kesempurnaan kerana selalu melakukan hal-hal yang positif. Dia akan berkata bahawa: “ Sesungguhnya aku adalah lebihtinggi daripada perbuatan terkutuk itu dan aku lebih muliadaripada perbuatan tercela itu.”. Dengan perkataan lain seseorang yang tidak mempunyai sifat malu, dia bukanlah hidup sebenarnya, tetapi sudah mati atau hampir mati imannya.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadith 5

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Sayang Menyayangi
Hadith :
Diriwayatkan daripada Anas r.a: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”
(al-Bukhari)
Huraian
Adakah kita saling sayang menyayangi sesama kita? Adakah kita sentiasa mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat kepada seluruh orang mukmin. Adakah kita sayangkan saudara kita sepertimana kita sayangi diri kita sendiri? Adakah kita tidak mahu melihat saudara kita menderita sepertimana kita sendiri tidak mahu hidup menderita? Tepuk dada tanya iman kerana kesempurnaan iman itu dikaitkan dengan sifat saling sayang menyayangi. Rasa bersama dan menyatakannya melalui ungkapan dan reaksi gerak badan memang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Contohnya memberikan hadiah walaupun kecil dan sentiasa berterima kasih, ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka. Kita tidak perlu meraikan Valentine Day semata-mata untuk menyatakan rasa kasih kita pada seseorang kerana Islam menggalakkan umatnya agar kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala. Bahkan jika kita tidak bertegur sapa sesama saudara Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya telah menjadi haram. Justeru budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik. Berkasih sayang dalam Islam tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : AKIDAH TauhidIman
Tajuk :
Abu Hurairah ;perawi Hadis Terkemuka
Hadith :
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: “Aku pernah berkata kepada Rasulullah SAW:” Saya mendengarbanyak hadis dari tuan, Ya Rasulullah ! Tetapi saya lupa. “ Rasulullah SAW bersabda:” Hamparkan Rida’ mu. “ Aku melakukan (apa yang diperintahkan nabi SAW) dan kemudian nabi SAW menggerakkan kedua tangannya seakan-akan mengisi sesuatu lalubersabda :” Ambil dan selendangkan ini (pada tubuh mu)”. Aku lakukan perintahnya dan setelah itu aku tidak pernah lupa lagi.”
(al-Bukhari)
Huraian
Abu Hurairah ialah salah seorang perawi hadis yang terkemuka. Beliau dilahirkan 19tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum memeluk agama Islam tidak diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang masyhur ialah Abd Syams. Nama Islamnya adalah Abd al-Rahman. Beliau berasal daripada kabilah ad-Dusi di Yaman. Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah. Beliau adalah sahabat yang sangat dekat dengan Rasulullah SAW dan dikenali sebagai salah seorang ahli suffah, iaitu orang-orang miskin atau sedang menuntut ilmu dan tinggal di laman masjid. Beliau begitu rapat dengan Nabi SAW sehingga baginda selalu menyuruhnya mengumpulkan ahli suffah jika ada makanan yang hendak dibahagikan. Hadis beliau yang disepakati oleh Imam al-Bukhari dan Muslim berjumlah 325 hadis, oleh Bukhari sendiri sebanyak 93 hadis dan oleh Muslim 189 hadis. Hadis yang diriwayatkan oleh beliau juga terdapat dalam kitab-kitab hadis lainnya.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadith 4

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Tiga Kali Lebih Baik
Hadith :
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya :” Apabila Nabi SAW memberitahu sebuah pernyataan, baginda mengulanginya sampai tiga kali hingga orang ramai dapat memahami dan mengerti perkataannya dengan baik dan setiap kali nabi meminta izin untuk masuk (ke dalam rumah, iamengetuk pintu) tiga kali dan mengucapkan salam.”
(al-Bukhari)
Huraian
Simbolik tiga kali dalam sesuatuperbuatan bergantung pada situasi dan tempat. Dalam melakukan sesuatu perkara ibadah seperti mengambil wudhu’, kita dikehendaki melakukan pada satu-satu rukun itu sebanyak tiga kali kerana ia adalah lebih baik bahkan termasuk dalam perkara sunat. Malah bagi kebanyakan perkara, perbuatan mengulang-ulang itudianggap akan menyempurnakan kekurangan yang berlaku sebelumnya daripada langsung tidak melakukannya atau setidak-tidaknya menduakan malah lebih bagus menigakan dan seterusnya. Jika kurang dari tiga kali ditakuti menjadi kurang bermanfaat, khususnya dalam perbuatan mengingat atau menghafal ilmu yang menuntut kita mengulang-ulangnya beberapa kali sesuai dengan sifat manusia yang mudah lupa. Tetapi ada juga berlaku sekiranya sesuatu itu dilakukan lebih dari tiga kali akan mengundang mudarat dan keburukan atau jatuh pada peringkat batal contohnya jika bergerak dengan sengaja lebih dari tiga kali sewaktu dalam solat, solat dianggap batal. Sesungguhnya dalam hal ini Islam menekankan tentang kesederhanaan dan menegah perbuatan melampaui batas. Justeru bilangan 3 kali adalah jalan paling selamat!
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadith 3

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Menjauhi Perbuatan Yang Mendatangkan Bahaya
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda:"Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan."
Ibn Mas'ud r.a
Huraian
i) Setiap manusia mempunyai lintasan hati yang berlainan kerana berlainan sebabnya.
Ii) Satu daripada jenis lintasan itu adalah lintasan yang dibawaoleh malaikat yang bertugas memancarkan ke dalam hati manusia perasaan suka berbuat kebajikan dan menerima kebenaran; sementara satu lagi lintasan adalah lintasan syaitan iaitu lintasan untuk melakukan kejahatan dan menolak kebenaran.
Iii) Lintasan malaikat ini dinamakan sebagai “ilham” danlintasan jahat syaitan itu sebenarnya adalah “was-was” di mana kita diperintahkan memohon perlindungan Allah daripadanya sebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Quran, surah an-Nas.
Iv) Oleh yang demikian selaku manusia biasa, apabila datang sesuatu lintasan hati, maka hendaklah kita mempertimbangkannya terlebih dahulu dengan neraca syarak; jika bersesuaian kerjakanlah, jika sebaliknya jauhkanlah.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadith 2

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Kemulian Diri Dengan Berakhlak Baik
Hadith :
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.
Riwayat Muslim
Huraian
1. Seseorang yang berakhlak mulia akan mendapat pahala dan boleh mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri dan kebajikan kepada orang lain.
2. Orang yang melakukan dosa tidak akan mendapat ketenangan jiwa didalam hidupnya.
3. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia kerana ia sebesar besar kebajikan dan janganlah melakukan dosa kerana dosa itu ialah azab seksa, yang dirasai baik didunia mahupun diakhirat.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadith

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : AKIDAH Usuluddin
Tajuk :
Petanda-petanda Hampirnya Kiamat
Hadith :
Rasulullah s.a.w telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat meningati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya: "Apa yang kamu ingat mengingatkan itu?" Kami menjawab:"Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya"; Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya saat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." LaluBaginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dari pihak barat), turunnya Nabi Isa anak Mariam, dan Ya'juj wa Ma'juj…"
Huzaifah bin Asid al-Ghifari r.a
Huraian
Rasulullah s.a.w telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat meningati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya: "Apa yang kamu ingat mengingatkanitu?" Kami menjawab:"Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya"; Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnyasaat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." Lalu Baginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihakmasuknya (dari pihak barat), turunnya Nabi Isa anak Mariam,dan Ya'juj wa Ma'juj…"
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sajak 8

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

CINTA SEBUAH IMAN DAN TAQWA
Perasaan hambar menyingkap diri
Membuka jendela kenikmatan dunia
Menangisi hati nurani seorang insan
Sehingga membiarkan diriku terus menjejak
Menjejak hatinya yang penuh nuriMu Ya Rabbi
Sangkaan jiwaku tetap di dalam kalbunya
Menadah tangan mencari keredaanNya
Ketenangan jiwaku mula menebar
Ketika melihat dirinya sedang bersujud kepadaMu
Subhanallah
Sungguh sempurna ciptaanMu
Seakan diri ini sangsi tanpa keraguan
Ingin sekali aku menggapai suara hatinya yang sayu
Kerana titipan rindu buat kekasihMU
aku di sini
Hanya menunggu tiba
Untuk mengenal rasa cinta
Sehingga berubah menjadi permulaan ceritera insan di dunia
Tetapi
Aku seakan lebih memahami
Fasa permulaan mencari cinta yang abadi
Agar diri ini dapat meniti
Kehidupan yang penuh pancaroba ini
Liku-liku kehidupan hanya membataskan
Realiti seorang insan
Pernah aku mencuba
Mencari kebahagiaan itu
Hanya segenap waktu
Aku lelah
Tidak berdaya menahan peritnya hidup ini
Seumpama diri ini
Mengemis rindu di tepian kasihMu
Pergiku hanya padaMu
Biarkan hati ini terus mengejar
KasihMu tanpa pastinya
Kerana aku tahu
Engkaulah cinta pertama dan terakhirku

Sajak 7

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

DUNIA SEMENTARA
AKHIRAT KEKAL ABADI
tika malam suram....
tika cengkerik bersahutan....
dingin malam menikam kulit
sang abid memuji Tuhan Pencipta
kalimah Tuhan memenuhi ruang dada
aku.....masih jua begini
diselimuti gebar tebal
lena di buai mimpi manis....ngeri
itulah hakihat diri....
tiada upaya
tiada kudrat
untuk menyahut seruan Mu Ilahi
mengapa aku masih begini
sedangkan....dunia hanya mimpi ngeri
penuh tipu daya tak penghujung
sedangkan......janji Allah Maha Benar
syurga tak terbayang indahnya
neraka tak terkata panasnya
mengapa manusia masih buta......tuli?????
mengapa aku jua begitu?????
kataku.....ucapku......hanya mainan
disapu angin yang lalu
sedangkan itu satu kemurkaan
"MENGAPA TIDAK DIKOTA APA YANG KAMU PERKATAKAN"
ahhhhhhh.....ampunkanlah aku
ampunlah kami.......
ampunkanlah semua.....
kerana.....
sesungguhnya ALLah itu Maha Pengampun
kerana......
sesungguhnya mati itu pasti
akhirat pun pasti
mizan pun pasti
sirat pun pasti
neraka pun pasti
syurga sudah tentu pasti
DUNIA sementara AKHIRAT kekal abadi
wallahua'lam

Sajak 6

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

BAGAIMANA????
aku..........
mengapa selalu alpa
akan......
suatu masa
suatu ketika
suatu detik tak terundang
pasti datang............
janji Allah Maha benar
walau nun di samudera rayawalau nun di langit tinggi
walau di kamar sepi
walau di kamar besi
apakah bekalan yang kubawa......
mungkin harta tidak terbilang
mungkin ilmu sayup mata memandang
mungkin jua............
sebuah rumah setinggan
sebuah basikal usang
jua mungkin debu-debu berterbangan
semua.....hanya kenangan
semua hanya bayangan
tiada mengikut......walhal ditanya haknya
tiada bersama.......walhal ditanya mana zakatnya
tiada di sisi.......walhal ditanya mana syukurnya
mungkin.......
bahagiakan pada yang fakir
gembirakah pada yang miskin
dukakah pada yang kaya
gulanakah pada yang raya
siapakah yang mahu pastikan???????
semua belum pasti
hanya Allah yang Maha Mengetahui
yang ku tahu
bahagialah mukmin bertaqwa
sukalah para syuhada
megahlah para kekasih
megahlah para wali
aku........
apakah nasib akhirku
bagaimana kuburku
bagaimana bangkitku
bagaimana mahsyarku
bagaimana mizanku
bagaimana sirat ku............?????
wallahua'lam

Sajak 5

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Jika anak itu...
Jika anak itu hidup dalam kritikan, dia belajar menyalahkan orang lain.
Jika anak itu hidup dalam kekasaran, dia akan belajar melawan.
Jika anak itu hidup dalam ketakutan, dia belajar menjadi pengecut.
Jika anak itu hidup dalam iri hati, dia belajar berasa bersalah.
Jika anak itu hidup dalam kesabaran, dia belajar menjadi penyabar.
Jika anak itu hidup dalam galakan, dia belajar menjadi yakin.
Jika anak itu hidup dalam pujian, dia belajar menghargai.
Jika anak itu hidup dalam penerimaan, dia belajar menyayangi.
Jika anak itu hidup dalam persetujuan, dia belajar menyayangi dirinya.
Jika anak itu hidup dalam pengiktirafan,
dia belajar ada baiknya mempunyai matlamat.
Jika anak itu hidup dalam kejujuran, dia belajar erti kebenaran.
Jika anak itu hidup dalam keadilan, dia belajar berlaku adil.
Jika anak itu hidup dalam keselamatan,
dia belajar untuk yakin pada dirinya dan pada orang lain.
Jika anak itu hidup dalam kemesraan,
dia belajar bahawa dunia ini adalah tempat yang paling sesuaiuntuk hidup.

Sajak 4

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

HANYA UNTUKNYA
Seorang insan yang hatinya
hanya kepada Allah
sangat menginginkan
tiadanya kepentingan peribadi
atau untuk duniawi
Dirinya menginginkan
tunduk khusyuk hanya kepada-Nya
dipenuhi masa bertakwa sentiasa
merasa betapa ruginya
membuang masa sia-sia
ingin sentiasa menambah pahala
Andaikan lebih dihajatinya
dirinya bagai malaikat
tanpa keperluan peribadi
segalanya darinya hanyalah
untuk pengabdian kepada Allah
Allah-lah segala-galanya...
yang menyiram air ketenangan
yang menyinar cahaya keteduhan
di ruang hati yang berseri
bersinar cahaya kebahagiaan...
abadi sentiasa...
Itulah pencinta Allah
Islam junjungannya...
Rasulullah ikutannya...
Al-Quran amalannya...

Sajak 3

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kebesaran ilahi
Lihatlah wahai temanku
Bumi yang luas terbendang yangpenuh warna-warni
Lihatlah wahai temanku
Langit yang penuh dengan hiasan keajaiban
Semua itu adalah dicipta dari NYA
Untuk tatapan kita sekalian ummat
Tanda kasih NYA kepada kita
Tapi
Apakah kita pernah bersyukur
Dengan pemberian NYA yang agung itu
Tanya diri kita…
Kini segelintir dari insan seagama kita leka
Dan sanggup mengekutui Tuhanyang ESA
Iaitu pencipta Agung
Mereka tidak sedar bahawa mereka juga
Diciptakan oleh Allah Maha Pencipta
Dimana silapnya?
Tepuk dada Tanyalah minda siapa kita…
Dengan itu bersyukurlah wahai sahabatku
Agar dirimu terhidar dari Laknatullah
Lihatlah langit wahai sahabatku
Apakah kita pernah terfikir
Betapa agungnya ciptaan Tuhan yang ESA itu
Dengan menciptakan keindahan cakerawala
Yang tersirat indahnya dimata setiap insan
Lihatlah
Lihatlah betapa sayangnya robbul jalil kepada kita
Dicipta NYA setiap keperluan kitaummat manusia
Dengan itu mengapa masih ada lagi insan yang ego
Apakah kita merasa kita lebih perkasa
Apakah kita merasa kita lebih hebat
Apakah kita merasa kita lebih agung
Apakah kita merasa kita lebih kaya
Dan
Apakah kita merasa kita lebih berkuasa atas sesuatu
Ingatlah
Ingatlah wahai semua
Yang lebih itu hanyalah Tuhan yang satu iaitu Allah
Hilangkanlah kesombongan yang merasuk jiwamu
Hilangkanlah keegoan yang meracun hatimu
Kerna semua itu hanya membuatdirimu dimurkai
Hiasilah dirimu dengan kebesaran Ilahi
Sesungguhnya kita amat kerdil disisi-NYA
Dan sesungguhnya
Sebaik-baik ummat adalah mereka yang sentiasa
Mengingati-NYA

Sajak 2

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Katakanlah dalam wudhu mu
Ya Allah…
Sucikanlah hatiku daripada sebarang dosa
Dosa-dosa yang bisa melalaikan diriku
Dari terus mengingatimu
Ampunilah dosaku Ya Allah
Ya Allah…
Sucikanlah setiap perkataanku
Dari mengatakan sesuatu yang kau cegah
Dan latihkanlah lidahku
Untuk terus menyebut namamu
Agar diriku terus mengingatimu
Ya Allah…
Masukkanlah aku dalam golongan-golongan
Mereka yang menghidu wangiansyurga
Sesungguhnya setiap insan menginginkan syurgaMu
Ya Allah…
Lindungilah aku dari melihat maksiat
Yang bisa meruntuhkan akhlakku
Sebagai seorang muslim sejati
Dan sucikanlah wajahku dari pandagan keji manusia
Agar aku terus dalam keimananMu
Ya Allah…
Peliharalah kedua tanganku dari menyentuh
Najis maksiat
Sesungguhnya Engkau murka terhadap
Insan yang menyentuh maksiat
Ya Allah…
Sucikanlah fikiranku dari segala kekotoran
Yang bisa merosak keimananku
Agar diriku tidak terjerumus dalam lembah kehinaan
Ya Allah…
Lindungilah kedua telinggaku
Dari mendengar perkara-perkara maksiat
Agar hati suciku terjaga dari kemungkaran
Ya Allah…
Kaki adalah berperanan
Mengerakkan tubuh badanku
Maka dengan itu lindungilah kakiku
Dari melangkah kea rah kemaksiatan yang durjana
Agar terpancarnya terus sinar keimanan terhadapku
Ya Allah…
Hanya padaMu kubermohon
Kerna hanya Engkaulah tuhan yang Satu
Pencipta sekalian alam
Maka dengan sesungguhnya
Kabulkanlah doa ummat Mu ini
Amin Yarobbal Alamin…

Sajak 1

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

AKU HAIRAN ENGKAU TIDAK TAKUT
AKU hairan engkau tidak takut
kepada satu Zat yang kuasa-Nya mutlak
Kuasanya Maha Luar Biasa
yang tiada tandingannya
Kalau Dia ingin mengadakan atau mentiadakan
Dia akan berkata: Jadilah, maka terus jadi
Itulah Dia Tuhan yang mencipta segala-galanya
Kehendak-Nya lulus, penglihatan-Nya tembus
Pengetahuan-Nya meliputi apa yang ada
dan yang tiada
Pendengaran-Nya lulus dan peka
Apa sahaja yang bersuara mahupun yang tiada suara
semua didengar-Nya
Dia sentiasa bersama kita terlalu dekatnya,
tapi bukan dekatnya mengikut ukuran kita
Yang boleh kita kata begian-begian
jarak dekat dan jauhnya
Dekatnya adalah cara mengikut ukuran
Tuhan yang Maha Suci
Yang tidak dapat digambarkan mengikut cara kita
Cara-Nya kita tidak dapat mengukurnya
kerana Dia Maha Suci daripada penyerupaan
Tapi Tuhan dapat mengukurnya
dan dapat mengukur cara makhluk-Nya
Tuhan itulah yang engkau tidak mempedulikan
Sungguh engkau manusia luar biasa
Luar biasa yang tidak sepatutnya
Bila berhadapan dengan Zat
yang Maha Luar Biasa
Luar biasa yang keterlaluan
yang tidak sayugianya ada pada manusia
Apa sudah jadi kepada engkau
Di mana salah silapnya
Kuasa Allah yang begitu terserlah
yang mengecutkan perut
bagi orang yang mengenalnya
Tapi engkau tidak dapat menangkapnya
dan tidak dapat merasanya
Betullah otak engkau sudah gersang
Dan hati engkau telah buta

Kata kata hikmah

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Kata kata hikmah

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalahyang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Kata kata hikmah

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

Kata kata hikmah

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

Kata kata hikmah

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

Kata kata hikmah

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.