Setiap Klik Anda Amat Dihargai


MuTiaRa KaTa

Jom

TEKNIK MENGHAFAL AL-QURAN

Posted by Asmijan Asmarah Labels:


TEKNIK MENGHAFAL AL-QURAN

Hati yang gelap ; dimaksudkan kepada hati yang lalai dari mengingati Allah sehingga keperingkat tidak merasai apa-apa kesalahan dalam melakukan dosa / maksiat / kealpaan bahkan merasa bangga bila melakukan kesalahan.

Dosa atau maksiat tersebut bukan sahaja yang bersifat luaran seperti berzina , mencuri , merompak tapi juga dosa batin seperti ujub, riak , takabbur , tamak , dengki , dendam , irihati, sangka buruk dan seumpamanya. Hati yang gelap juga dikaitkan dengan nafsu ammarah iaitu nafsu yang sentiasa mendorong pada kejahatan zahir / batin.

Hati yang gelap juga merupakan bala (dari sudut batin) dari Allah akibat kealpaan hambaNya,di mana Allah cabutkan rasa bersalah / insaf dari hatinya mungkin kerana kesombongannya sebagaimana iblis dilaknat akibat kesombongannya mematuhi perintah Allah agar sujud pada Nabi Adam.

Bagi mengelakkan hati dari ditimpa kegelapan maka perlulah sentiasa muhasabah diri kita, tilik hati kita apakah kita benar-benar redha , syukur , sabar , qanaah dengan kurniaan / takdir Allah dan apakah kita benar-benar telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba kepadaNya.

Sesungguhnya Allah amat dekat dengan kita malah lebih dekat dari urat leher kita sendiri bahkan Allah sentiasa ternanti-nanti akan permintaan, rintihan serta luahan hati dari hambaNya. Ujian yang sengaja diberikanNya baik dalam soal peribadi atau sebagainya sebenarnya suatu gamitan atau pelukan kasih sayangNya agar kita menyedari bahawa sebenarnya kita mempunyai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Berhati-hati, mereka yang tidak terasa diuji berkemungkinan tidak dihirau lagi oleh Allah.

Kaunseling psikologi Islam mendorong seseorang itu mengenali serta memahami sifat, perbuatan dan aturan Allah s.w.t dalam mentadbir dan menjaga diri hambaNya serta memahami peranan, tugasan dan adab kita sebagai seorang hamba.

Allah yang mendatangkan ujian dan Allah jua yang mampu menghilangkannya. Soalnya apakah kita benar-benar bergantung harap padaNya?

Orang yang memahami hakikat masalah tidak akan meminta agar dihilangkan masalah tersebut kerana dengan masalah itulah dia berpeluang untuk merasai / menjiwai kasih sayang Tuhan melalui kesabaran. Tiada masalah seumpama kita sudah hilang anak-anak tangga untuk menuju kepada keredhaan Tuhan.

Rawatlah hati / jiwa dengan latihan kesabaran serta memesrakan hati dengan Tuhan melalui zikir, selawat, istighfar dan ibadah lainnya.

Untuk memudahkan hafalan, seseorang itu mestilah menjaga maksiat anggota zahir seperti mata, kaki, tangan, lidah dsb. Istiqomah dalam melaksanakan ibadah fardhu dan sunat. Antara doa / amalan yang diberitahu oleh Imam Waki' kepada muridnya ; Imam Syafie iaitu banyakkan beristighfar, membaca ayatul Kursi dan berselawat kepada Rasulullah, ahli keluarga dan para sahabatnya. Dalam menyeru orang lain supaya kembali kepada kebaikan mestilah dilakukan dengan hikmah, sabar, gunakan bahasa nasihat yang baik dan kita juga mestilah memulakan dengan diri kita sendiri dalam melakukan perkara-perkara yang baik. Inilah resipi kejayaan Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan dakwah Islamiah.

Untuk menenangkan hati, maka hendaklah kita sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t dan membaca Al-Qur'an (dengan menghayati isi kandungannya dengan baik).


SEBELUM MENGHAFAL

• Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
• Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal
• Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal
• Berada dalam keadaan tenang
• Kosongkan fikiran sebelum menghafal
• Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain
• Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal
• Sebelum menghafal, bacalah ayat 164 surah Al-Baqarah yang bermaksud ; “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang ; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi ; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keEsaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”


TEKNIK HAFALAN I

A. Teknik "Chunking"

• Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
• Memisah-misahkan selembar muka surat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
• Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
• Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
• Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang

• Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
• Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
• Selepas menghafal setiap setengah muka surat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
• Selepas menghafal satu muka surat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
• Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat

• Menumpukan penglihatan pada ayat, muka surat dan lebaran.
• Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
• Sekiranya masih lagi kabur, buka mata dan tumpukan kembali kepada mashaf.
• Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau muka surat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman

• Pilih seorang teman yang sama minat.
• Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
• Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
• Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset

• Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu.
• Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
• Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran.
• Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut.
• Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara

• Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
• Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibubapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis

• Tulis kembali muka surat yang telah dihafal.
• Kemudian semak semula dengan mashaf.
• Menulis setiap ayat pertama awal muka surat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah pada sehelai kertas.

H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"

• Buat beberapa kotak.
• Setiap kotak merupakan satu muka surat.
• Catatkan dalam kotak beberapa perkataan yang menjadi kata kunci bagi muka surat berkenaan.
• Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur

• Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
• Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisinya di minda kita.
• Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehinggalah ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

J. Teknik "Mind maping"

• Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya.
• Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.
• Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.

MENGEKALKAN HAFALAN

• Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
• Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dsb.
• Kerjakan solat hajat.
• Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
• Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan seterusnya.
• Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
• Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau mengantuk.
• Menulis setiap ayat yang mutashabih.


TEKNIK HAFALAN II

Tahniah diucapkan sekiranya anda mendapati sering lupa apa yang telah dibaca, itu tandanya anda manusia normal. Kajian menunjukkan 80% dari apa yang kita baca hari ini akan dilupakan hanya dalam masa 24 jam.

• Jangan jadikan alasan untuk tidak belajar / membuat ulangkaji awal. Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma anda belum melakukan cukup usaha agar anda tidak lupa.
• Belajar awal ; dapat menyediakan nota bermutu dan cuba untuk difahami walaupun kebanyakan daripadanya belum mampu diingati.
• Belajar waktu musim peperiksaan ; cuba menghafal kebanyakan nota / tajuk yang telah tersedia dan telah difahami sebelumnya.
• Cuba untuk menghafal bahan yang tidak difahami adalah perbuatan yang sia-sia.
• Belajar awal ; banyak masa dan berpeluang untuk bertanya kepada guru dan rakan-rakan. Kekeliruan dapat diatasi sebelum terlambat. Pelajaran difahami.
• Setelah pasti ianya difahami, sediakan nota ringkas yang bermutu untuk anda gunakan setiap kali datangnya musim peperiksaan. Sediakan nota poket dan peta minda bagi kemudahan rujukan semula apa yang telah dipelajari (tanpa perlu merujuk buku asal).
• Hafal kata kunci. Ramai pelajar mempunyai tabiat menghafal yang buruk (cuba mengingati keseluruhan ayat yang mewakili fakta).

Contoh fakta : “Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera iaitu otak kanan dan otak kiri.”

Pertama ; fahami mesej yang mahu disampaikan. Kedua ; hafal fakta, tetapi bukan menghafal keseluruhan ayat. Hafal hanya perkataan 'dua hemisfera' (kata kunci). Dengannya, maksud di sebaliknya akan dapat diterangkan kepada orang lain. Sebab itulah setiap fakta perlu difahami sebelum dihafal !

• Fakta (banyak) dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil sebelum dihafal. Jangan hafal kesemuanya serentak. Tidak perlu terburu-buru.

Contoh pecahan fakta : Terdapat 15 fakta yang perlu diingat. Pecahkan kepada 3 kumpulan kecil yang akan bersamaan 5 fakta setiap kumpulan. Sekarang mana yang lebih mudah, satu kumpulan yang mengandungi 15 fakta atau tiga kumpulan yang mengandungi 5 fakta?

“MEMPELAJARI BAHAN AKEDAMIK MEMERLUKAN KESABARAN DAN KETEKUNAN YANG TINGGI !”

• Seringkali membuat imbasan. Jangan terlalu yakin, hanya dengan melakukan sekali pengulangkajian, sesuatu tajuk dapat dikuasai. Sekiranya tidak melakukan imbasan sesuatu tajuk dalam masa terdekat, janganlah pelik sekiranya terpaksa mengulang keseluruhan tajuk sekali lagi. Seseorang yang efektif, perlu mengimbas apa yang telah dibaca dari semasa ke semasa secara sistematik. Petua di bawah boleh digunakan dan terbukti berkesan :

Imbas 5 minit apa yang dibaca selepas 24 jam.
Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu.
Imbas 5 minit setiap 2 minggu.
Imbas 5 - 10 minit di musim peperiksaan.

• Gunakan teknik-teknik ingatan. Untuk memudahkan proses mengingati fakta, perlu ada kemahiran tertentu seperti teknik mnemonik, teknik menggambar cara, teknik ceraian dan pelbagai lagi.
• Elakkan tidur petang (selepas Asar) kerana akan melembabkan otak dan agama Islam sendiri tidak menggalakkannya. Jika benar-benar letih, tidur sebentar selepas solat zuhur (sebagaimana sunnah Rasulullah s.a.w.) agar badan lebih bertenaga untuk belajar di waktu malamnya nanti.
• Cari peluang bersoal-jawab secara aktif dengan orang lain, cth. perbincangan kumpulan. Dengannya, penguasaan diri terhadap sesuatu tajuk dapat diuji. Galakkan banyak pertanyaan dan hujah. Cara ini dapat membuatkan otak bekerja lebih keras.


TEKNIK-TEKNIK PEMBELAJARAN

• Suasana / tempat belajar
• Elakkan suasana yang bising, banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainya
• Memilih masa yang sesuai
• Tidak semua waktu di dalam sehari boleh ditetapkan untuk menumpukan fikiran pada pelajaran.
• Sediakan jadual kerja harian walaupun mungkin ia tidak mampu diikuti sepenuhnya oleh pelajar, namun harus dicuba.
• Pembaziran masa dengan perkara yang tidak ada hubungan dengan memperkukuhkan mutu pembelajaran baik secara formal atau informal haruslah dielakkan.


MEMBACA

Persediaan sebelum membaca. Langkah-langkah yang berikut perlu diambil untuk memastikan pembacaan secara berkesan :

• Masa yang sesuai ; paling sesuai ketika kurangnya gangguan terhadap tumpuan. Badan tidak letih. Perut tidak terlalu kenyang mahupun terlalu lapar. Waktu subuh adalah merupakan waktu yang paling ideal untuk belajar.
• Suasana yang sesuai ; terang, kemas, bersih, nyaman, tenang dan tersusun.
• Pastikan kedudukan badan yang betul dengan buku dijarakkan lebih kurang satu kaki dari mata.
• Mulakan dengan bacaan ‘Bismillah’ dan doa agar diterangkan hati.


JENIS PEMBACAAN

Terdapat tiga jenis pembacaan bergantung kepada tujuan sesuatu sesi pembacaan itu dilakukan :

• Membaca untuk hiburan ; berhibur, tidak memerlukan daya tumpuan yang tinggi, bahan bacaannya seperti majalah, komik, novel, cerpen, akhbar dan sebagainya.
• Membaca untuk maklumat ; membaca seimbas dan pantas bagi mencari lokasi maklumat yang dicari, perlu merujuk kepada isi kandungan dan indeks untuk dapatkan maklumat lebih cepat, lambat atau cepat pembacaan bergantung kepada maklumat yang disaring.
• Membaca secara kritikal ; membaca untuk memahami konsep, istilah, logik dsb. sepertimana kaedah yang sewajarnya untuk menelaah mata pelajaran. Pendekatan ini (belajar nyata) lebih seronok / tidak membosankan. Minat mula terbit apabila mula memahami isi kandungan yang dibaca.


LANGKAH-LANGKAH MEMBACA SECARA KRITIKAL

• Melihat seimbas ; berikan perhatian kepada perkara-perkara seperti tajuk kecil dan dapatkan perkaitan (jika ada) di antara tajuk tersebut. Amati seimbas rajah, peta, jadual, carta, radas, gambar dsb. Lihat soalan yang ada termasuk soalan-soalan di bahagian belakang sesuatu bab / tajuk utama.
• Catatkan sebarang persoalan (jika ada) yang terlintas pada sehelai kertas.
• Baca pendahuluan dan kemudian baca bahagian kesimpulan / penutup.
• Baca secara terperinci, ayat demi ayat, perenggan demi perenggan. Terjemahkan setiap penjelasan dalam bentuk gambaran minda.
• Jangan pindah perenggan selagi tidak memahami apa yang sedang dibaca. Perlahankan rentak bacaan apabila tiba di bahagian yang sukar. Ulang membaca beberapa kali sekiranya perlu.
• Gariskan fakta-fakta penting. Buatkan ringkasan dalam nota peperiksaan.
• 'Highlight' setiap kata kunci.
• Gunakan kod warna misalnya warna kuning untuk nama orang, warna biru untuk tarikh dsb.
• Yakinkan diri agar mampu menguasai bahan yang dibaca.
• Setelah habis satu perenggan, tutup buku dan nota. Fikirkan atau gambarkan semula apa yang telah dibaca. Setelah habis satu tajuk kecil, ambilkan sehelai kertas dan lakarkan kembali apa yang dibaca dalam bentuk peta minda atau peta konsep.




TEMPAT / SUASANA PEMBELAJARAN

• Ikhlas pada diri ; tentukan sendiri suasana / tempat paling digemari untuk belajar. Cth. jika gemar suasana ramai orang, mungkin di perpustakaan. Sebaliknya, jika gemar menyendiri, pilihlah tempat yang agak terpencil. Jangan paksa diri untuk bersetuju dengan suasana belajar orang lain walaupun di perpustakaan atas sebab ramai rakan di sana. Perpustakaan hanyalah tempat mencari bahan, bukan bermaksud ia tempat yang sesuai untuk belajar.
• Suasana / persekitaran yang tersusun, kemas dan bersih ; mudah untuk belajar , dapat cetuskan minda yang positif dan tenang. Tumpuan maksimum boleh diperolehi terhadap bahan yang dipelajari. Susun atur perabut dan cahaya turut mempengaruhi mood belajar. Memadai dengan satu ruangan / sudut (terpencil) dan jauh dari gangguan sekiranya ketiadaan bilik khusus sebagai tempat belajar. Elakkan belajar di dapur atau di ruang tamu kerana ianya banyak gangguan dan menjadi laluan utama.
• Perlu ada satu kerusi, satu meja dan satu rak buku. Tidak semestinya baru dan cantik. Kedudukan kerusi, meja dan rak buku diubah setiap tiga bulan bertujuan menukar suasana tempat belajar di samping kekalkan rasa seronok untuk terus belajar. Pamerkan senarai tindakan (to do list), carta reputasi akademik, senarai projek dan jadual perancangan jangka pendek / jangka panjang, pada satu ruang dinding yang jelas dilihat.
• Ada pakar kemahiran belajar berpendapat muzik boleh mempengaruhi tumpuan belajar, berkait rapat dengan fungsi otak sebelah kanan. Jika gemar mendengar muzik ketika belajar, maka hentikan tabiat buruk ini. Jika ingin diteruskan juga, gantikannya dengan memainkan lagu latar (instrumental), dimainkan pada kadar bunyi sederhana tinggi, cth. instrumental klasik oleh Vivaldi, Bach, Bernstain dan selainnya. Muzik ini sangat sesuai kerana kebanyakannya menggunakan tempo 60 bit seminit iaitu sama seperti purata kadar degupan jantung ketika rehat. Dengan Muzik ; denyutan / tekanan darah menurun, gelombang otak perlahan, otot releks.
Tanpa Muzik ; denyutan / tekanan darah meningkat, gelombang otak pantas dan otot tegang.
• Gantung / pamer gambar kejayaan diri (jika ada) atau sijil pencapaian di ruangan bacaan, cth. sukan, peraduan dsb. Ia memberi motivasi untuk terus berjaya. Suatu masa dulu menjadi johan / pemenang, mengapa tidak dalam bidang pelajaran?
• Pamerkan juga kata jaya rangsangan yang positif sebagai penguat semangat.


PENINGKATAN TUMPUAN

Ramai gagal kerana gagal memberikan tumpuan. Berikut adalah petua yang boleh digunakan untuk meningkatkan tumpuan :

• Imbas semula nota yang telah diberikan oleh guru sebelum mula kelas. Bahagian yang tidak difahami / keliru perlu ditanyakan kepada guru sebelum kelas bermula. Jika tidak diselesaikan, ia mungkin akan mengganggu pemikiran dan pembelajaran seterusnya.
• Baca juga bahan yang bakal diajarkan oleh guru walaupun belum memahaminya secara keseluruhan. Setidak-tidaknya sudah tahu perkara yang akan diajar di samping meningkatkan tumpuan dan minat belajar.
• Sewaktu belajar di kelas, duduk di barisan hadapan dan tutup tingkap sekiranya duduk di tepi tingkap.
• Tumpukan pemerhatian kepada guru dan lihat apa yang ditulis di papan hitam.
• Tunjukkan minat dan keyakinan yang mendalam. Perbetulkan kedudukan dan ceriakan wajah. Apa yang diajar itu jauh lebih penting daripada siapa yang mengajar. Ketahuilah, hasil penumpuan penuh menyumbang 50% daripada keseluruhan markah peperiksaan kelak.
• Pasang telinga. Dengar dan fahami setiap patah perkataan yang disampaikan. Terjemahkan apa yang disampaikan oleh guru ke dalam bentuk gambaran minda.
• Catat setiap fakta penting atau fakta yang disangka penting, sama ada fakta yang ditulis atau yang diucapkan oleh guru.
• Catat juga setiap perkara yang kurang faham dalam bentuk persoalan. Gunakan tujuh perkataan berikut untuk membina soalan ; Apa? Siapa? Bila? Berapa? Di mana? Kenapa? Bagaimana?
• Gunakan buku khas untuk tujuan catatan, atau gunakan kaedah mengambil nota berkesan. Sekiranya berpeluang, segera angkat tangan dan bertanya ; sama ada untuk dapatkan lebih huraian atau bertanya untuk memastikan kefahaman anda betul atau bertanya kerana ada soalan yang lebih spesifik. Antara tanda jelas apabila tumpuan penuh telah diberikan ialah ‘ANDA TAHU APA YANG ANDA TIDAK TAHU.’
• Usah hiraukan serta bertindak balas atas usikan / gangguan rakan atau anasir luar sewaktu kelas berlangsung.

“KESIHATAN JIWA ADALAH PENTING UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM PEMBELAJARAN di DI ANTARANYA MENGAMBILKIRA ASPEK MENGENALI DIRI, TIDAK MENIPU DIRI SENDIRI, MENGETAHUI JALAN PENYELESAIAN YANG BETUL, TUMPUAN KERJA DAN INGATAN, MENJAGA KESIHATAN ROHANI DAN JASMANI DSB.”


APAKAH YANG PERLU DIBUAT DAN DIKETAHUI OLEH SEORANG PELAJAR?

• Untuk tidak lupa, pastikan menyemak semula apa yang diajar sebaik sahaja guru keluar kelas.
• Bijak menguruskan masa ; seimbangkan aktiviti mengulangkaji dengan aktiviti lain. Kegagalan mengatur masa dengan berkesan antara faktor kegagalan dalam pelajaran. Pastikan waktu mengulangkaji lebih daripada 3 jam sehari, perlu ditambah kepada 5 – 7 jam sehari apabila menghampiri peperiksaan (tidak semestinya berterusan).
• Tahap konsentrasi belajar adalah berbeza di antara pelajar, jangan paksa diri. Jika tumpuan terganggu, berehat seketika (lebih kurang 5 minit) dan sambung semula belajar. Sebelum menyambungnya, imbas kembali apa yang telah ketahui sebelumnya.
• Pelbagaikan aktiviti belajar sewaktu sesi pembelajaran sedang berlangsung agar tidak jemu. Cth. selang selikan aktiviti membaca dengan membuat nota, menceritakan semula apa yang telah dipelajari, membuat peta minda atau peta konsep, menjawab soalan-soalan, melakar rajah dsb.
• Elakkan meletak matlamat membaca terlalu besar dan perlu tahu tahap kemampuan diri ke atas setiap ulangkaji yang perlu dihabiskan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Misalnya, meletakkan matlamat untuk membaca 100 muka surat dalam masa 1 jam adalah tidak realistik. Sebaliknya, matlamat untuk menghabiskan dan memahami 20 muka surat lebih munasabah dan boleh dicapai.
• Sediakan jadual belajar / perancangan mingguan tentang bahan yang perlu diulangkaji. Dengannya dapat diketahui sebanyak mana bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu sebelum menghadapi peperiksaan.
• Sediakan senarai tugas harian ("TO DO" lists) pada malam sebelumnya bagi persediaan esok hari. Tentukan tahap keutamaan / kepentingan setiap butiran tugas yang telah disenaraikan. Seperti yang dikatakan oleh Stephen Covey ; "PUT FIRST THINGS FIRST".
• Rekodkan kemajuan diri pada sehelai kertas untuk mengetahui kejayaan setiap perancangan. Pangkah setiap tugas yang telah diselesaikan dengan jayanya dalam senarai “to do” .
• Hargai diri sendiri setiap kali berjaya mencapai tiap perancangan yang tersenarai.
• Teknik membaca yang berkesan ; membaca sejam penuh tumpuan lebih baik dari membaca tiga jam dengan fikiran melayang.
• Fokus sekurang-kurangnya 50% daripada masa belajar terhadap proses “RECALL” (memanggil semula maklumat).
• Penuhi pecahan masa dengan imbasan Kad Kecil, cth. masa di antara kelas, ketika menunggu, selepas rehat sebelum masuk kelas dsb. Jika dihitung, pecahan masa kecil ini boleh mencapai 1 hingga 2 jam dalam sehari. Oleh itu manfaatkannya dengan mengimbas Kad Kecil.
• Tahukah anda? Sesuatu pembelajaran yang konsisten selama sejam sehari jika dikumpulkan hanya akan menjadi 15 hari sahaja dalam setahun. Ke mana perginya lagi 350 hari atau bersamaan 8,400 jam lagi?
• Minat ; naluri biasa manusia apabila berminat untuk mengetahui akan menjadikan sesuatu fakta atau apa saja mudah diingati. Fikirkan langkah sesuai untuk itu. Jangan jadikan alasan jangka panjang, disebabkan tidak berminat pada pelajaran atau guru tertentu, menjadi sebab kegagalan pelajaran berkenaan. Perbaiki usaha ke arah menimbulkan minat dari semasa ke semasa demi kebaikan diri sendiri. Langkah-langkah seperti berikut boleh membantu :
- Dapatkan rakan yang hebat dalam pelajaran tersebut.
- Kenali guru ; cuba fikirkan kebaikannya daripada memikirkan keburukannya.
- Tingkatkan latihan untuk menguasai mata pelajaran tersebut sedikit demi sedikit. Kelak akan dilihat bahawa anda punya potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula berputik.
- Cari jalan untuk mempraktikkan apa yang dipelajari. Cth. ; pelajaran bahasa memerlukan penggunakan bahasa tersebut secara rutin.
• Berhasrat untuk mengingati ; secara bersungguh-sungguh, berfikir secara positif dan katakan pada diri yang ianya boleh diingati. Pastikan amalan sikap mempelajari dan menguasainya sekarang, bukan esok, bukan akan datang. Langkah-langkah berikut turut membantu :
- Anggapkan bahawa guru akan memberikan kuiz di penghujung sesi dengan ganjaran RM10 untuk setiap soalan yang dijawab dengan betul.
- Rekodkan pada sehelai kertas setiap kali menyedari fikiran akan melayang. Serentak itu, cuba kembali berikan tumpuan. Lazimnya cara ini akan mendidik minda untuk berusaha memberikan tumpuan.
- Apabila membaca, cuba berkata-kata kembali dengan penulisnya (walaupun penulis sebenarnya tidak ada di hadapan).
- Ketika guru mengajar bentuk soalan sebanyak mungkin dan menyoal ketika berpeluang.


PENGETAHUAN ASAS – SUBJEK BARU

• Pemahaman tentang sesuatu subjek baru bergantung kepada : -
- pengetahuan sedia ada tentang subjek tersebut sebelumnya.
- juga berpengetahuan tentang subjek lain yang berkaitan dengannya.
- lagi mantap pengetahuan asas, lagi mudah menguasai subjek tersebut .
• Mulakan dari yang mudah kepada yang susah. Jangan abaikan perkara asas walaupun nampak mudah.
• Lakukan usaha memperkayakan sumber maklumat ; baca buku tambahan, melayari internet dsb.
• Pemilihan ; mampu menilai bahagian mana yang terpenting, seterusnya mendalaminya. Minda tidak mampu menguasai sepenuhnya subjek baru dalam masa singkat kerana ia juga mempunyai had ke atasnya. Oleh itu pilih perkara yang terpenting untuk dipelajari. Dari sini, pengetahuan akan dikembangkan dan jadilah perkara yang dipelajari ini sebagai pengetahuan asas anda.
• Pengecilan Saiz Maklumat ; belajar mengingati fakta dengan lebih baik dengan mengagihkan fakta tersebut kepada beberapa kumpulan yang lebih kecil (Teknik Ceraian).
• ‘Recitation’ ; menyebut fakta atau ide dengan suara yang boleh didengari oleh telinga anda mempercepatkan maklumat dipindah dari memori jangka pendek ke memori jangka panjang. Teknik ini berhasil kerana beberapa sebab : -
- Tumpuan lebih akan diberi kerana secara sedar anda menyebutnya dengan ayat / suara sendiri. Hasrat untuk mengingatinya akan meningkat.
- Maklumbalas segera diperolehi dan dengannya berkemampuan mengeluarkan semula maklumat tersebut. Penguasaan ke atas sesuatu subjek membolehkan juga ia diterang dan diajarkan semula.
- Dengan mendengar setiap patah perkataan, bahagian otak yang lain akan digunakan untuk memproses maklumat.
• Gunakan Kad Kecil.
• Setiap kali habis membaca satu perenggan, berhenti sejenak, jelaskan semula kepada diri anda apa yang telah dipelajari dengan menyebutnya dalam perkataan anda sendiri.
• Dapatkan rakan yang boleh sama-sama menyoal dan menjawab.

“LECEH??? MEMANG MELECEHKAN. TETAPI IA JAUH LEBIH BAIK DARIPADA ANDA TERUS MEMBACA TETAPI HASILNYA TIDAK DIFAHAMI DAN SUKAR UNTUK DIINGATI.”


GAMBARAN MINDA

Ia adalah prinsip memori yang terpenting. Kaedahnya dengan menggambarkan setiap fakta yang mahu diingat. Menggambar cara menggunakan otak kanan, seiring dengan membaca yang menggunakan otak kiri. Begitu juga ketika guru mengajar, tukarkan setiap penyampaian guru ke dalam bentuk gambaran minda. Sebenarnya minda telahpun melakukan proses ini tanpa disedari tetapi untuk meningkatkan ingatan, perlukan usaha sendiri untuk menggambarkannya. Kita akan mempelajari 80% dari apa yang kita lihat daripada apa yang kita dengar. Walau bagaimana rumit sekalipun, cuba dapatkan ide untuk menggambarkan setiap apa yang dipelajari. Tanyakan soalan berikut pada diri :

• Bolehkah fakta ditukarkan kepada carta atau graf?
• Bolehkan anda melakar atau melukis?
• Bolehkan anda buatkan cerita dalam minda?
• Bolehkan dihasilkan peta minda?

Association ; Ingatan akan lebih kuat dan lebih lama sekiranya sesuatu yang mahu diingati itu unik, ganjil, atau boleh dikaitkan dengan sesuatu yang anda ketahui sebelum ini.

Consolidation ; Minda memerlukan masa untuk menyimpan maklumat baru. Apabila membuat nota dan mengimbas semula secara serta merta setelah tamatnya kelas, tindakan ini membolehkan maklumat tersimpan lebih lama. Memori jangka pendek hanya mampu menyimpan 5 hingga 7 maklumat sahaja dalam sesuatu masa. Sekiranya maklumat ini tidak dipindahkan ke memori jangka panjang, maka potensi untuk lupa adalah tinggi. Kebiasaannya, banyak maklumat datang ketika belajar. Oleh itu, perlu menggunakan kaedah di bawah bagi mengekalkan maklumat tersebut : -

• Membuat nota.
• Bertanya soalan dalam kelas.
• Mengimbas semula nota.
• Berhenti di setiap perenggan. Tulis soalan atau soal diri sendiri apa yang telah dipelajari.
• Membuat gambaran minda.
• Menyebut kembali apa yang dibaca menggunakan ayat sendiri.
• Membuat Kad Kecil.
• Menguji diri dengan kuiz atau soalan.


MENGAGIH LATIHAN

• Beberapa siri sesi belajar yang pendek adalah lebih baik dari satu sesi belajar yang panjang.
• Pendekatan di atas perlu digunakan untuk mata pelajaran yang sukar difahami / dikuasai kerana minat tentang subjek ini kurang / tiada langsung, sedangkan ianya penting untuk dipelajari.
• Mengagih masa latihan ; memberikan masa untuk maklumat dicerap / disimpan di samping membina pengetahuan asas tentang pelajaran tersebut.
• Tidak keterlaluan membaca sehingga menyebabkan kurang tidur.
• Belajar dengan hati yang tenang dan lapang. Pastikan semua kerja / masalah diselesaikan terlebih dahulu sebelum memulakan pembelajaran (study).
• Disiplin diri ; tidak membuang masa dengan kerja yang sia-sia, tepati masa belajar yang telah ditetapkan, pastikan ada masa secukupnya untuk merehatkan otak, elakkan memaksa diri untuk belajar terutama ketika letih, ketegangan fikiran (tension) atau mengantuk.
• Elakkan diri daripada membaca dan menghafal matematik. Sebaliknya cuba perbanyakkan latihan mengira dan memahami formula serta konsepnya.
• Berbincang dengan rakan yang lebih memahami dan elakkan daripada sifat malu bertanya.
• Elakkan daripada sifat menangguhkan sesuatu kerja persekolahan.
• Jauhkan sikap meniru kerja kawan tanpa memahami akan maksud dan konsepnya.
• Elakkan mengumpul nota daripada guru secara tidak tersusun sehingga sukar digunakan kemudiannya untuk bahan ulangkaji.

“SESUNGGUHNYA SESEORANG PELAJAR AKAN MENCAPAI TAHAP PENGUASAAN YANG MAKSIMUM JIKA DIA MAMPU MENGAPLIKASIKAN TEKNIK DAN KAEDAH BELAJAR YANG BETUL.”

“PELAJAR PERLU MEMAHAMI TIADA SATU FORMULA KHUSUS BAGI MERUMUSKAN SATU KAEDAH YANG TERBAIK UNTUK MENGHADAPI PELAJARAN MELAINKAN IA BANYAK BERGANTUNG KEPADA DIRI PELAJAR ITU SENDIRI.”


FAKTOR DORONGAN UNTUK KEJAYAAN PEMBELAJARAN

• Mengenal pasti 'motivasi dalaman' atau faktor pendorong di dalam diri masing-masing, misalnya kemiskinan, harapan tinggi kedua ibubapa dsb.
• Menginsafi akan kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak ke mana ilmu yang dikumpulkan itu.
• Dorongan dari rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
• Menginsafi peranannya terhadap masyarakat pada masa hadapan.
• Membuktikan diri sendiri juga berkemampuan menyaingi mereka yang telah berjaya.


LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN

• Kesempurnaan / kesediaan seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani yang mampu menghadapi peringkat pembelajaran yang terbaik.
• Persediaan mental yang baik ialah persediaan tumpuan fikiran sepenuhnya terhadap pelajaran. Pemikiran yang bercampur-aduk dengan perkara lain akan mengakibatkan kebuntuan untuk memberi perhatian yang serius kepada pelajaran. Seseorang pelajar hendaklah membersihkan ingatannya terhadap perkara lain, sebaliknya hendaklah ia ditumpukan kepada pelajaran sahaja.
• Berkhayal kepada perkara lain ialah penyakit terbesar bagi seseorang pelajar. Oleh itu, pelajar hendaklah mengelakkan tabiat ini ketika di alam pembelajaran.

“PEMBELAJARAN DI SEKOLAH MERUPAKAN SUMBER TERPENTING / TERBAIK UNTUK SESEORANG PELAJAR MENGHADAPI PELAJARANNYA, DAN SEGALA PENUMPUAN YANG MAKSIMUM HARUS DIBERI SERTA TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU KECUAIAN, LEKA, NAKAL KETIKA DI SANA.”


MEMBACA, MEMAHAMI, MENGHAFAL

• Teknik pembacaan yang baik ; menyeluruh bagi pusingan yang pertama. Isi dan istilah yang penting digariskan. Sekiranya perlu isi yang digariskan itu dicatat sebagai nota pendek / ringkas.
• Ambil perhatian pada isi penting dan bacalah selalu. Sekiranya perlu setiap isi hendaklah dihafal sedaya mungkin terutama apabila hampirnya waktu peperiksaan (hafalan tanpa pemahaman yang kukuh adalah perbuatan sia-sia).
• Menyusun nota dengan teratur dan berkesan yang mengandungi semua maklumat penting, bersih dan mudah dibaca, terkumpul (di dalam fail / buku khas) serta ringkas dan padat.


KESUNGGUHAN BELAJAR

• Elakkan dari faktor yang boleh membosankan ketika membaca.
• Jangan sesekali membebankan diri dengan kerja sekolah yang terlampau banyak pada masa tertentu dan berehat panjang pula selepasnya.
• Kesungguhan belajar mestilah berterusan dari segi semangat belajar dan usaha, sejak awal hinggalah ke masa peperiksaan tanpa berputus asa.
• Tingkatkan semangat belajar dari semasa ke semasa terutama sekali apabila menghampiri tempoh peperiksaan, dengan kesungguhan dan keyakinan.
• Kesungguhan belajar boleh dibina melalui kerja berkumpulan. Carilah rakan belajar yang berpengetahuan dan kefahaman yang ada dikongsi bersama-sama.
• Yakin dengan kebolehan pada diri sendiri dan yakinlah dengan kuasa Allah s.w.t.


LUPA DAN INGAT

Pelajar sering lupa disebabkan :-

• Gangguan ; membaca bahan atau melakukan aktiviti lain selepas membaca buku pelajaran.
• Tumpuan ; tanpa perhatian penuh ketika membaca.
• Faktor Masa ; masa terlalu lama atau sering terputus dalam masa agak lama.


Pelajar boleh ingat disebabkan :-

• Minat ; minat mendalam terhadap perkara yang dipelajari.
• Pilihan ; bijak memilih isi penting untuk diingati bagi tujuan peperiksaan.
• Ulangan ; sentiasa mengulangkaji, boleh dibuat melalui perbincangan secara berkumpulan, penulisan semula atau pembacaan yang kerap.
• Assasiasi ; membuat perkaitan dengan sesuatu perkara lain untuk mengingati fakta.

Tubi Belajar ; proses pembelajaran terdapat peringkat seperti mendengar untuk pertama kali, memahami, menggunakannya dan mencipta yang baru. Jika anda membaca berulang kali, tentunya perkara tersebut akan dapat diingati di dalam satu jangkamasa yang lama.


PERSEDIAAN DALAM LANGKAH MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Persediaan asas : -

• Semangat yang tinggi
• Pembacaan yang banyak
• Kefahaman yang jelas
• Ulangkaji berterusan
• Keyakinan diri

Untuk menghadapi peperiksaan, perkara yang tidak boleh dilupakan ialah persediaan di peringkat awal secara berterusan, sehinggalah tiba masa yang ditetapkan. Ianya lebih berkesan sekiranya kaedah pembelajaran yang betul diamalkan.

Namun, ramai juga pelajar yang tidak dapat (takut) menghadapi peperiksaan dengan baik sehingga ada juga gagal menghadapinya di saat-saat akhir.

Untuk itu, cuba tanyakan soalan berikut kepada diri sendiri : -

• Adakah saya telah menghabiskan setiap topik penting ?
• Adakah saya telah memahami apa yang diajar oleh guru atau dibaca sendiri ?
• Adakah saya menghadapi pelajaran dengan semangat yang tinggi ?
• Adakah saya berterusan belajar dan meneliti soalan-soalan lepas ?
• Adakah saya mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan nanti ?


UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN PENGGAL

Ramai pelajar bersikap acuh tak acuh menghadapi ujian bulanan dan peperiksaan penggal dan menganggapnya tidak penting padahal ianya mempengaruhi keputusan peperiksaan sebenar. Mereka yang bersikap sebeginilah kelak mungkin gagal dan mendapat markah yang rendah.

Gagal di dalam ujian ; jadikan ia suatu pengajaran untuk lebih memahami dan bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran. Kegagalannya mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, di antaranya kurang memahami apa yang diajar oleh guru, tidak mengambil perhatian yang serius terhadap pelajaran, tidak mengulangkaji pelajaran selepas waktu persekolahan dsb.


STRATEGI MENJAWAB SOALAN

Untuk mendapatkan markah yang tinggi dan mengelak dari berlakunya kecuaian, strategi menjawab soalan yang berkesan amat diperlukan.

Langkah-langkah berikut dapat membantu:

• Baca arahan terlebih dahulu.
• Kenal pasti dan garis kata kunci kepada soalan.
• Jawab soalan mengikut turutan berikut :
- Jawab soalan BONUS ; iaitu soalan yang anda pasti jawapannya betul. Ia mungkin soalan yang telah anda ramal, atau yang pernah anda latih sebelumnya.
- Jawab soalan yang senang ; iaitu soalan yang mampu anda jawab hanya dengan satu kali cubaan
- Jawab soalan yang susah ; iaitu soalan yang memerlukan masa yang panjang atau soalan yang anda memang tidak tahu jawapannya.
- Semak ; pastikan semua soalan dijawab. Untuk soalan objektif, pastikan tandanya betul.
- Ulang jawab ; sekiranya masih ada masa, ulang jawab soalan bonus dan senang. Ingat! soalan sebeginilah yang banyak dilakukan kecuaian. Oleh itu semak dengan tujuan mencari kesilapan tersebut. Bukannya menyemak dengan tujuan berpuashati dengan jawapan. Langkah terakhir, ulang jawab soalan susah. Itupun sekiranya masa masih mengizinkan.


KE ARAH MEMBENTUK KEYAKINAN

Keyakinan menghadapi peperiksaan hanya diperolehi oleh pelajar yang telah membuat persiapan yang rapi dengan erti kata sebenarnya, di antaranya ialah : -
• Habis mengulangkaji setiap topik yang disoal.
• Mengingati dengan baik nota penting.
• Mengetahui bentuk soalan yang bakal disoal.
• Bertawakal kepada Allah s.w.t.


BEBERAPA PERINGATAN KEPADA PELAJAR

Antara perkara yang boleh dilakukan ialah : -

• Sentiasa bermunajat kepada Allah ; lakukan solat hajat dan pohon agar Allah berikan ketenangan dan diterangkan hati kita dalam menghadapi peperiksaan. Minta pada Allah agar apa yang dipelajari dapat digunakan dalam peperiksaan.
• Minta restu kedua ibu bapa ; doa ibu bapa untuk anaknya sangat makbul. Mohon maaf atas segala silap dan salah. Minta restu dari keduanya agar mereka mendoakan kejayaan anda.
• Banyak berzikir dan membaca al-Quran ; berzikir akan memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila sering membaca al-quran. Allah telah berfirman dalam surah ar-Ra'ad, ayat 36, yang bermaksud ; "Sesungguhnya dengan mengingati Allah akan menjadi tenang semua hati".
• Jauhi maksiat ; jauhi diri dari perbuatan maksiat dan dosa besar. Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Allah.
• Banyakkan berdoa ; pastikan anda berdoa dengan niat yang betul dan mengikut adab berdoa.


MENCARI SEBAB (post-mortem)

Mengkaji kelemahan diri setiap kali selesai menjawab soalan. Semak setiap jawapan yang dibuat. Sekira jawapannya salah, lakukan 'post-mortem' (proses mencari sebab). Setiap kesilapan ada sebabnya dan ia merupakan masalah utama yang perlu diatasi. Antara sebab kesalahan boleh berlaku ialah : -

• Tidak tahu (tidak baca) ; Ini bermakna persediaan diri kurang. Maka berikan masa membaca tajuk berkaitan.
• Tidak faham ; Anda baca tetapi tidak faham. Tanyakan semula kepada guru atau rakan.
• Lupa ; Ini disebabkan anda kurang mengulangi apa yang telah dipelajari / difahami.
• Cuai ; Pastikan anda mengikuti langkah-langkah dalam Strategi Menjawab Soalan di atas.
• Keliru ; Tanyakan pada guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan. Minta penjelasan daripada guru sebelum hari peperiksaan agar kesilapan yang sama tidak diulangi.

10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM

Posted by Asmijan Asmarah Labels:


10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM

Sufyan Atsauri berkata:"Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:
1.Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri,dan tidak mendoakan untuk
anak-anaknya dan kaum mukmin.

2.Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak
membaca seratus ayat.

3.Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua
rakaat.

4.Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam
dan mendoakan ahli kubur.

5.Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak
sembahyang jemaah.

6.Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba
tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7.Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak
menanyakan nama kawannya itu.

8.Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9.Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan
kesopanan.

10.Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar,
tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat..."

"ISLAM IS THE WAY OF LIFE"

Malaikat di rumah

Posted by Asmijan Asmarah Labels:


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia.

Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahwa besok
Engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana,
saya begitu kecil dan lemah"?

Dan Tuhan menjawab, "Saya telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan
menjaga dan mengasihimu."

"Tapi disini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah
bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan
merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia."

"Dan bagaimana saya bisa mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku jika
saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang
pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan
mengajarkan bagaimana cara kamu berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa."

"Saya mendengar bahwa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi
saya ?"

"Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal tersebut mungkin dapat mengancam
jiwanya."

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih karena tidak melihatMu lagi."

"Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Saya, dan akan mengajarkan
bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan
selalu berada di sisimu."

Saat itu Syurga begitu tenangnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar,
dan sang anak bertanya perlahan, "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang,
bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?

"Kamu akan memanggil malaikatmu, Ibu."

Ingatlah selalu kasih sayang ibu, berdoalah untuknya dan cintailah dia
sepanjang masa.

* uwaaaa...nak balik skang jugak..nak jumpa mak..

KISAH PEMUDA BERIBU BAPAKAN BABI

Posted by Asmijan Asmarah Labels:


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan
Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke
Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa
sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya
yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah
orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab
dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah
mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan
mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan
akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa
orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah
memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah
itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu
di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina
yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?,
kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu
dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor
babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan.
Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasihsayang.
Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa
agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi
Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu
adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang
besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya.
Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah.
Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari
aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi.
Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.",
sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku
bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar,
tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka
ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.'Wahai Musa, inilah
orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang
sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa
babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh
disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah
berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya.
Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan
ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat
menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini
juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga
ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita
mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan
urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagai
mana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga
bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T
supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan
membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang
dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui
hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya
ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik
di sisi Allah.

Ekspedisi Megembara di Bumi ALLAH

Posted by Asmijan Asmarah Labels:




ZIKRULLAH

Posted by Asmijan Asmarah Labels:


Muaz bin Jabal r.a memberitakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa penghuni-penghuni syurga setelah tibanya di syurga tidak akan menyesal dan tidak akan berdukacita mengenai suatu apapun kecuali masa yang telah berlalu dalam dunia tanpa zikrullah."


Apabila penghuni-penghuni syurga menyaksikan pahala ganjaran yang bertimbun-timbun laksana gunung bagi sebutan nama Tuhan yg Maha Suci yang ia sebutkan didalam dunia hanya sekali sahaja.Maka dia akan menyesal seraya berkata, " Alangkah ruginya aku kerana masaku yang banyak terbuang di dunia tanpa zikir.

" Hafiz-ibnu-Hajar rah.a menulis dalam kitabnya 'Al-Munabbihat' bahawa Yahya bin Muaz rah.a (seorang ahlullah yang terkemuka di mana-mana di dunia ini) sering berkata di dalam munajatnya: " Ya ALLAH, hamba tidak merasa gembira di malam hari kecuali dengan bermunajat dan berbisik-bisik kepada Engkau.

Dan hamba tidak berasa gembira di siang hari kecuali dengan beribadat kepada Engkau. Dan hamba tidak merasa gembira di dunia ini kecuali dengan menyebut nama Engkau yang Maha Agung.

Dan hamba tidak akan berasa puas di alam akhirat kecuali dengan pengampunan Engkau (terhadap dosa-dosaku).

Dan hamba tidak akan berdukacita di syurga kecuali dengan menyaksikan wajah Engkau (Yang Maha Indah).”"

MENGAPA WANITA MUDAH MENANGIS?

Posted by Asmijan Asmarah Labels:


Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya pada ibunya.

"Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita". "Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."

Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang jelas". sang ayah menjawab, "Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.

Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"

Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab, "Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu. Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan kapan pun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan".