RSS Feed

Setiap Klik Anda Amat Dihargai


MuTiaRa KaTa

Jom

Hadith 20

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Besar Dan Yang Lebih Besar Ganjarannya
Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar yang engkau gunakan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang engkau sedekahkan kepada fakir miskin, satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu, yang paling besar pahala ganjarannya ialah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu”
(Muslim)
Huraian
1. Bersusah payah memberi kesenangan kepada isteri dan berkorban mencari nafkah untuk anak-anak akan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah S.W.T. Bahkan dikira suatu dosa besar sekiranya seorang suami atau ketua keluarga itu enggan memberi nafkah dan bakhil terhadap isteri dan anak-anaknya sedangkan ia mampu berbuat demikian.
2. Nafkah adalah lebih daripadahanya peruntukan makanan bahkan yang dimaksudkan dengan nafkah adalah memberikan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, pendidikan dan perkara-perkara yang munasabah bagi kehidupan seseorang anggota keluarga.
3. Keluarga yang bahagia akan terbentuk sekiranya setiap ahli keluarga memainkan peranan masing-masing. Keberkatan juaakan melimpah sekiranya setiap tanggungjawab itu dilakukan dengan mengambilkira kedudukan halal dan haramnya. Tidak semata-mata ingin mengecap kesenangan dengan jalan yang mudah sehingga akhirnya membawa padah kepada keluarga dan merosakkan rumahtangga.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadith 19

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : AKIDAH Usuluddin
Tajuk :
Menjalankan Pemerintahan Mengenai Urusan Umat Islam
Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Sesiapa yang menjalankan pemerintahan mengenai urusan umat Islam tanpa menghiraukan kemiskinan,keperluan,kefakiran dan hajat mereka, nescaya Allah akan membiarkannya pada hari kiamat tanpa menghiraukan kemiskinannya, keperluannya, hajatnya dan kefakirannya.”
Riwayat Abu Daud
Huraian
i) Berdisiplin ketika bekerja merupakan kekuatan yang menggerak kepada kejayaan dan kemenangan.
Ii) Dalam melakukan urusan dengan orang ramai (masyarakat) perlulah dilakukan dengan adil dan menyesuaikan keutamaan tanpa ada perasaan pilih kasih dan sebagainya. Jika tidak akanberlakulah kezaliman dan penganiayaan terhadap orang lain.
iii) Oleh itu untuk mendapatkan ganjaran ibadah dalam setiap kerja yang dilakukan patuhilah peraturan dan arahan dengan baik serta melaksanakan sesuatu tugas dengan tertib dan beradab dengan menjaga tentang aspek pengurusan waktu yang telah ditetapkan. Dengan itu kita akan mendapatkeredhaan Allah S.W.T dan mendapat ganjaran yang selayaknya di akhirat nanti.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadith 18

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Hanya Yang Suci
Hadith :
Dari Ibnu ‘Umar r.a., katanya:” Kudengar Rasulullah s.a.w. bersabda katanya:” Tidak diterima sembahyang tanpa bersuci, begitu pula derma yang didapat dari korupsi (pecah amanah).”
(Muslim)
Huraian
Islam menilai yang terbaik hanyalah yang suci sebagaimana solat hanya akan diterima apabila sesorang itu telah bersuci. Allah SWT tidak menilai sesuatu kebaikan itu hanya daripada luaran semata-mata tetapi dinilai dari dalaman juga yang datangnya daripada hati. Sesungguhnya apa jua kebajikan yang dilakukan walaupun dengan niat kerana Allah perlu diambil kira dari mana punca ia diperolehi sama ada halal atau pun haram. Samalah keadaannya dengan sepohon pokok yang tumbuh subur tetapi sebenarnya ia beracun yang jika dimakan akan membawa maut.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadith 17

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Sifat Malu Mendatangkan Kebaikan
Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan”.
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Huraian
1. Sifat malu adalah suatu sifat yang terpuji. Sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan kerana dengan adanya sifat malu kita tidak akan melakukansegala keburukan.
2. Sifat malu juga akan meninggikan darjat keimanan orang yang memilikinya.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadith 16

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Kemulian Diri Dengan Berakhlak Baik
Hadith :
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.
Riwayat Muslim
Huraian
1. Seseorang yang berakhlak mulia akan mendapat pahala dan boleh mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri dan kebajikan kepada orang lain.
2. Orang yang melakukan dosa tidak akan mendapat ketenangan jiwa didalam hidupnya.
3. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia kerana ia sebesar besar kebajikan dan janganlah melakukan dosa kerana dosa itu ialah azab seksa, yang dirasai baik didunia mahupun diakhirat.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadith 15

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : AKIDAH Usuluddin
Tajuk :
Petanda-petanda Hampirnya Kiamat
Hadith :
Rasulullah s.a.w telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat meningati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya: "Apa yang kamu ingat mengingatkan itu?" Kami menjawab:"Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya"; Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya saat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." LaluBaginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dari pihak barat), turunnya Nabi Isa anak Mariam, dan Ya'juj wa Ma'juj…"
Huzaifah bin Asid al-Ghifari r.a
Huraian
Rasulullah s.a.w telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat meningati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya: "Apa yang kamu ingat mengingatkanitu?" Kami menjawab:"Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya"; Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnyasaat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." Lalu Baginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihakmasuknya (dari pihak barat), turunnya Nabi Isa anak Mariam,dan Ya'juj wa Ma'juj…"
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadith 14

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Tetap Pendirian
Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurusdan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.”
Riwayat Ahmad
Huraian
1. Maksud istiqomah ialah tetapteguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T.
2. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya.
3. Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah keranalidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia