Setiap Klik Anda Amat Dihargai


MuTiaRa KaTa

Jom

Kelebihan pahala umat Rasulullah

Posted by Asmijan Asmarah Labels:


Ka'bul Ahbar berkata bahawa: "Saya telah membaca kitab yang diturunkan oleh
Allah S.W.T. kpd Nabi Musa a.s., yg mana Allah S.W.T. berfirman yg
bermaksud: "Wahai Musa, dua rakaat yg disembahyangkan pd waktu subuh oleh
Muhammad dan umatnya, Aku mengampunkan bagi mereka (yg mengerjakan solat
Subuh) semua apa-apa yg terjadi pd mlm dan siang hari, dia tetap di bawah
lindunganKu."

Firman Allah s.w.t.: "Wahai Musa, solat Zohor empat rakaat yg dilakukan
oleh Muhammad dan umatnya, Aku akan beri kpd mereka pengampunan pd rakaat
yg pertama, Aku beratkan timbangan mereka pada rakaat kedua, rakaat ketiga
Aku kerahkan para malaikatKu bertasbih dan membacakan istighfar (memohon
ampun) bagi mereka dan pada rakaat keempat Aku bukakan untuk mereka
pintu-pintu langit sehingga para bidadari dpt mengintai mereka."

Firman Allah s.w.t.: "Wahai Musa, empat rakaat solat Asar yg dilakukan oleh
Muhammad dan umatnya, maka semua para malaikat di langit dan di bumi
meminta ampun oleh malaikat, tidaklah Aku siksa mereka itu."

Firman Allah s.w.t.: "Wahai Musa, solat Maghrib tiga rakaat yg dikerjakan
oleh Muhammad dan umatnya, iaitu ketika matahari terbenam, maka Aku bukakan
untuk mereka pintu-pintu langit, dan setiap sesuatu yg mereka minta pasti
akan Aku berikan."

Firman Allah s.w.t.: "Wahai Musa, solat Isya' empat rakaat yg dikerjakan
oleh Muhammad dan umatnya ketika terbenam mega-mega merah, solat itu adalah
lebih baik dari dunia dan seisinya dan juga mereka terlepas dari dosa-dosa.
Mereka itu bagaikan anak yg beru lahir dari perut ibu."

Firman Allah s.w.t: "Wahai Musa, jika Muhammad dan umatnya berwudhu'
sebagaimana Aku perintahkan, maka Aku berikan kpd mereka setiap titik air
wudhu' itu dgn syurga yg luasnya seluas langit dan bumi."

Firman Allah s.w.t: "Wahai Musa, puasa yg dikerjakan oleh Muhammad dan
umatnya dlm bulan Ramadhan selama sebulan dlm setiap tahun, maka akan Aku
berikan mereka setiap satu hari puasa itu satu kota di syurga dan setiap
kebaikan yg dilakukan oleh mereka , yg sunat akan diberi pahala sebesar
pahal fardu. Aku berikan kpd mereka satu mlm yg bernama Lailatul Qadar,
barang siapa yg membaca istighfar pd mlm itu hanya sekali tetapi dgn
bersungguh-sungguh dan menyesal di dlm hatinya terhadap
kesalahan-kesalahannya, apabila dia mati pd mlm itu atau pd bulan itu, maka
Aku berikan pahala kepadanya pahala 30 org mati syahid."

Firman Allah s.w.t: " Wahai Musa, di antara umat Muhammad s.a.w. ada
org-org yg berdiri di atas tempat-tempat tinggi utk mengumandangkan
syahadat La illaha illallah, maka pahala mrk bagaikan pahala para nabi-nabi
a.s. dan rahmatKu wajib ke atas mereka. Sedangkan murkaKu jauh dr mereka
dan tidak akan Aku tutup bagi mereka pintu taubat selama mereka tetap
bersyahadat Ashhadu an Laa illaha illallah."

0 comments:

Post a Comment