Setiap Klik Anda Amat Dihargai


MuTiaRa KaTa

Jom

Khasiat Air Zamzam

Posted by Asmijan Asmarah Labels:

Khasiat Air Zamzam
Sudah kebiasaan nama air zamzam bukanlah suatu nama yang asing lagi bagi umat islam, masing – masing sudah mengetahui dan pernah melihatnya apalagi mencuba. Hari ini penulis ingin berkongsi tentang khasiat air zamzam itu sendiri. Diet seseorang tidak akan sempurna tanpa air. Kita memerlukan lebih kurang lapan gelas air setiap hari (setiap gelas = 240 cc), tidak termasuk minuman yang mengandungi kandungan lain seperti soda dan kafeina. Formula yang digunakan secara umum bagi mengira keperluan air dalam badan manusia adalah 1oz (30 cc) air yang diperlukan bagi setiap 1 kg berat badan. Keperluan ini akan meningkat apabila cuaca panas atau selesai melakukan aktiviti senaman.
Sumber air pada hari ini dicemari dengan hebatnya. Oleh itu rawatan yang diberikan kepada air kadang kala mendatangkan kesan sampingan dan kemudaratan kepada manusia. Justeru, Allah melahirkan satu contoh air bersih yang tidak dicemari dan tidak perlu dirawat. Air itu ialah air zamzam.
Satu kajian telah dilakukan oleh empat orang pakar dari Suruhanjaya Kuasa Atom Bangladesh (Bangladesh Atomic Energy Commission) iaitu M.A. Khan, A. K. M. sheriff, K. M Idris dan M. Alamgir. Mereka mengkaji kandungan air zamzam dan dibandingkan dengan air paip dan air yang dikeluarkan mengunakan alat pengepam berkuasa solar. Pakar-pakar mendapati bahawa air zamzam wujud secara asli dalam bentuk alkali. Justeru, keadaan ini dapat mengawal kesan sampingan yang disebabkan oleh lebihan asid dalam perut sekaligus dapat mencegah penyakit gastric. Selain daripada itu, kadar iodin magnesium, natrium dan kalium didapati tinggi dalam air zamzam .Hal ini menunjukkan secara jelas bahawa air zamzam sangat baik untuk kesihatan kerana mineral- mineral tadi amat diperlukan dalam badan agar organ-organ badan dapar berfunsi dengan secara optimum dan teratur.

0 comments:

Post a Comment